Malaysia kaya dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik dan turut dikenali di seluruh dunia.Kali ini saya ingin bercerita tentang percutian saya dan keluarga saya di Sabah.SELASA,6 DISEMBER 2011 kami sekeluarga tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.Setelah tiba di lapangan terbang,kami terus pergi ke kaunter kereta sewa untuk menyewa kereta.Selepas menyewa kereta,kami terus pergi hotel yang kami telah tempah iaitu Sutera Harbour Resort.kami 'chek in' masuk ke dalam hotel.Kami habiskan satu malam dekat sini.
Hari ini kami sekeluarga ingin pergi ke Kolam Air Panas Poring.Pertama kali kami jejakkan kaki ke situ.Terlupa seketika masalah yang dihadapi.Udara kat sana masih segar kerana dijaga dan tiada pembakaran terbuka.Kami menyewa sebuah chalet yang sebesar sebuah rumah banglow dua setengah tingkat.
Rumah itu memang besar dan cantik.Rumah itu boleh memuatkan lebih daripada 10 orang.selepas meletakkan semua beg pakaian dan segala barang di rumah,kami terus turun ke kolam air panas.Sebelum itu saya ingin menceritakan serba sedikit tentang Kolam Air Panas Poring.Poring merupakan nama KadazanDusun untuk sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu.
Ia terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu.

Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.Setelah penat bermandi mandi.Kerana terlalu penat kami sekeluarga balik ke bilik dan masak makanan segera sahaja dan tidur.
KHAMIS,8 DISEMBER.
Kami bercadang untuk naik jambatan gangtung.Kami berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 dan setinggi 41 meter di atas pokok.
Selepas itu,kami terus pergi ke Pulau Manukan.Kami sekeluarga pergi ke pulau manukan dengan menaiki bot.
Ini la Pulau Manukan.
Kami bersantai dan berkelah di Pulau Manukan sampai petang.Seronok punya seronok tengok ikan tak sedar hari dah petang.Kami terus berkemas untuk balik ke hotel.Sampai di hotel,kami terus solat dan tidur.
JUMAAT,9 DISEMBER.
Pada pagi itu kami berkemas untuk pulang.Kami 'check in' untuk keluar hotel pada pukul 12 tengah hari.Kami terus pergi kelapangan terbang untuk memulangkan kereta yang kami sewa dan terus menunggu di tempat yang disediakan.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur memakan masa dua setengah jam.Kami sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada pukul tiga petang.Setakat ini sajalah saya punya cerita tentang percutian saya dan keluarga saya di Sabah.Sekian terima kasih.




No comments:
Post a Comment