Sunday, 7 October 2012

Pengenalan

 

Malaysia kaya dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik dan turut dikenali di seluruh dunia. Kali ini saya ingin berkongsi tentang negeri yang terkenal dengan industri pelancongan iaitu negeri Sabah atau gelarannya  Negeri Di Bawah Bayu kerana kedudukan negeri tersebut yang berada hanya di bawah laluan monsun. Sabah terletak di kepulauan Borneo. 



Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" atau "JABA" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.



Sabah menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 bersama-sama Sarawak. Ketua Menteri Sabah sekarang ialah Datuk Seri Musa Aman.
















































No comments:

Post a Comment